Friday 30 December 2011

i'm back!!!

assalamualaikum n selamat sejahtera semua....

sowie sangat-sangat sebab lama tak menghupdate beblog nie... sibuk cikit.. maklum la final year belajar sebagai pelajar diploma kt poli sememangnya tak cukup tangan n kaki... dengan nak kena bekejar sana sini dan dalam masa yang sama kena buat assignment yg bergunung-gunung banyaknya (maklum la lecture bagi masa, last minit baru nak kalut.. hehehe...)

tak nak la melalut banyak-banayak sebab nak citer apa yang berlaku sepanjang tahun nie yg tak sempat nak mencoretkannya kt beblog ni.. 
hehehe...

1st lepas dari menyertai explorace yang dianjurkan oleh pejabat belia dan sukan daerah kulim bandar bharu, aku dan ahli kumpulan telah dipilih untuk mewakili daerah kulim bandar bharu untuk menyertai "Treasure Hunt" di sekitar alor setar... semenangnya teruja bila dapat tu...

kami telah bertolak ke alor setar pada malam sehari sebelum pertandingan dijalankan... pejabat belia kulim telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai.. kumpulan pertama telah pergi pada petang sehari sebelum pertandingan disebabkan ingin melihat kawasan pertandingan.. tapi aku dengan bangganya yang tak tahu jalan-jalan alor setar bertolak malam... terima kasih pada pakcik Garmin yang telah di install kan dalam handphone aku... pada masa perjalanan ke alor setar, kereta yang aku pandu (terima kasih abah sebab bagi pinjam kereta) telah disuluh lampu tinggi oleh sebuah kereta toyota vios sambil menekan hon!!! tertapa aku geramnya malam tu.. aku pun kesebelah sambil berkata pada kawan aku, "kita bagi vios ni pergi dulu.. sekejap lagi aku balas dendam.. hahaha..." sememangnya aku menekan pedal minyak sampai habis untuk membalas dendam... aku kejar vios itu dan sampai dibelakangnya, aku apa lagi buat seperti yang dilakukannya pada aku dengan mengangkat lampu sambil menekan hon... 

pin!! pin!! pin!!

haha... vios itu pun mengambil keputusan untuk memberi laluan pada aku... tapi bertapa geramnya vios itu lihat apa bila kereta malaysia dapat memotongnya semula... kereta abah baru kereta iswara 1.3 sedangkan vios sebuah kereta import yang berkemampuan 1.5 terpaksa ketepi memberi laluan... hahaha... vios itu sampai mengambil keputusan untuk memotong kami semula... tapi tak apa, aku dh puas hati... hehehe... disebabkan itu, aku hanya mengambil masa 1 jam dari kulim ke alor setar.. slowkan?? hahaha... habis aku dan kawan aku takut nak bagi tau keluarga yang kami dah sampai.. so kami lepak-lepak dulu di stadium Darul Aman... selepas 1 jam berikutnya baru la kami menghubungi keluarga... hehehe... jangan marah... hehehe....

keesokan harinya pertandingan berlangsung.. kami diberi sehelai baju dan topi untuk dipakai semasa menyertai pertandingan itu...tapi semasa pertandingan, kami telah ditipu!!!!
pada mulanya kami dimaklumkan setiap tugasan yang diberi, masa terpantas setiap aktiviti dan markah yang akan diberi oleh penjaga di setiap tempat dikira... tetapi tidak!!! mana adil... pada akhir pertandingan kami diistiharkan kalah teruk sedangkan kami kumpulan kedua yang sampai digarisan penamat... ini tidak adil... aku sememangnya geram disebabkan kami berlaji sepanjang pertandingan untuk mengutip masa yang terpantas, tetapi kumpulan yang menang sememangnya berjalan sehingga masa hampir tamat baru menjejakkan kaki digarisan penamat dikiri pemengan... memang tak adil.. aku telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan bertanya bagaimana pemarkahan dibuat... alangkah terkejutnya aku bersama yang lain selepas mendengar masa terpantas dan masa terpantas untuk menghabiskan aktiviti tidak dikira!!!! habis kenapa dalam borang perlu diisi masa oleh penjaga masa??? kalau tak nak malu ditempat sendiri pun, jangan buat orang lain nampak sangat-sangat niat jahat tu.. huhuhu....

nie gambar kami semua lepas pertandingan tu di menara alor setar.... 
hehehe...

selepas pertandingan tu aku join team hoki poli untuk mewakili poli ke seremban... aku jadi kapten... hahaha... macam tak percaya.... tapi kapten yang kena kad hijau (rehat 3 minit diluar) disebabkan lawan pengadil.. hehehe...

lepas itu semuanya ronda-ronda dengan kawan-kawan yang sememangnya sengal.. marata kami g.. hehehe...

ni antara gambar sengal dengan kawan baik aku.. nama nya sugen.. single but not available... hehehe...
orang main bowling, kami main ambik gambar.. tempak kejadian ni kat giant kulim.. =)
selang beberape minggu, aku sugen n yeoh telah palan satu benda yang gila... last minit ajar g kolam air panas baling... kami pergi ambik teng di sungai petani... lepas 2 apa lagi.. enjoy la... tak ada orang main terjun-terjun kolam air panas macam kami... sememangnya letih gila malam tu.. hehehe....
kolam air panas baling, kedah.. =)

lepas tu cuti diwali...
apa lagi, serbu rumah sugen la... hahaha... aku dah buat macam rumah sendiri ja... kawan-kawan datang, kami main lagi kat rumah sugen... thankz to mak sugen sebab masak sedap-sedap kat kami... 
hehehe....
diwali 2011 at rumah sugen, taman senangin, kilang lama, kedah.. =D

akhir sekali sebelum kami menduduki peperiksaan akhir semester 5, kami sempat lagi ke bukit merah... mandi!!!! memang dah tension sangat-sangat dah... hehehe...
kami main macam-macam... semua jadi mangsa dibuli.. paling selamat aku la... sebab aku badan besar... hehehe....

ni la permainan yang boleh mencabut nyawa kami... gila kentang.. turun punya la laju... tak percaya??? pergi la test sendiri ye... walaupun nampak simple, tp memang boleh menguji keberanian seseorang... hehehe.... nama dia boomerang... so jgn lupa try ye... hehehe.... =')

lepas tu semua pergi jawab exam, exam n exam.. sem ni aku kena ambik 7 paper final termasuk muet yang sememangnya aku tak tau la apa yang akan terjadi... hehehe...

dan yang terbaru hari nie... 30/12/2011 adalah birthday group kami, yeoh... sememangnya titi (dalam bahasa mandrin =adik lelaki) kami kenakan dia macam-macam di mcd kulim.. bayangkan setiap 2 orang makan 1 set family box yang dalamnya ada 2 burger prosperity ayam, 2 chicken deluxe, 6 ketul nuget, 3 medium kentang goreng pusing-pusing dan 4 cawan air gas... hahaha... kami makan sambil takutkan yeoh macam-macam... sehinggala kunci kereta dia aku ambik.. hehehe... sampai 1 tahap, yeoh memang dah tak boleh makan... aku cakap "yeoh, i bagi u pilihan... u nak makan burger ayam o u nak makan telur ayam mentah.." dengar-dengar je ayat tu, terus yeoh makan sampai habis burger dier... tapi kami tipu dier macam-macam yang dalam kereta ada telur mentah, tepung dan macam-macam lagi untuk balik kat dier... muka dier sampai pucat n cakap, "ini mcd ma, nanti kena halau lo..." kami gelak lagi... aku, sugen dengan pann memang dah berpakat... tapi telur bagai semua tu mana ada... nama pun tipu... hehehe....
so kul 12 lbih aku dah takut kan yeoh dengan bangun dari kerusi untuk pergi ambik kek, tapi dia cuba halang aku suruh duduk sebab takut malu kat mcd.. hehehe... sekali aku belah wat muka slumber je pergi ambik kek.. selepas aku datang balik, muka yeoh yang pucat macam mayat tadi berubah kembali merah sebab terlihat kek yang ada ditangan aku... aku nyalakan lilin dan suruh dia wish... lepas tu dia kena calit cream kat muka la... hahaha....

panjangnya aku wat karangan.. kalau la aku buat karangan panjang ni dulu masa sekolah, mesti cikgu Sharulbariah gembira... hehehe....

take care... papai... smile always... =)